Posts

Showing posts from April, 2016

Rahsia dan Nikmat disebalik erti "SABAR".

Rahsia dan Nikmat disebalik erti "SABAR".  MAKSUD "sabar" dalam konteks amalan batin ialah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah- gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidak- selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak diingini.  Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan, iaitu:  * tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah;  * menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;  * memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan;  * tenang / teguh hati menghadapi cubaan atau musibat.  Sabar yang demikian itu adalah suatu tuntutan dalam agama dan merupakan satu ibadah, malah segala ibadat itu didirikan di atas sabar, kerana dalam mengerjakan ibadat itu kita terpaksa menanggung kepayahan...