Posts

ANAK ADALAH ANUGERAH ALLAH KEPADA IBU BAPA

Anak yang dilahirkan adalah anugerah Ilahi dan kurniaan daripada Allah SWT kepada umatnya. Zuriat bukan sekadar penyambung warisan malah bukti kekuasaan Allah. Tidak dinafikan bahawa setiap pasangan berumahtangga sentiasa mengimpikan anak untuk menyerikan lagi rumahtangga mereka. Oleh itu, anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap ibu bapa untuk mendidik dan mengasuh mereka supaya menjadi insan yang berguna kelak. Tetapi malangnya, sejak akhir-akhir ini ada segelintir masyarakat masih lagi tidak mensyukuri kurniaan Allah SWT iaitu melakukan dengan tindakan kejam seperti membuang, membunuh, menjual serta mendera bayi tanpa berperikemanusiaan. Ini bukanlah satu kisah yang dongeng tetapi ia merupakan satu kisah realiti yang mana dikatakan hampir setiap hari kes sebegini berlaku dinegara kita malah ianya seperti kemuncak yang tiada pasang surutnya apabila setiap hari kes-kes seperti ini terpampang didada akhbar mahupun televisyen. Peristiwa yang berlaku dal...

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah Di Akhirat

Dari Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya: Pertama : Imam (pemimpin) yang adil. Kedua : Pemuda yang membesar dengan beribadah kepada Allah. Ketiga : Insan yang hatinya terpaut dengan masjid. Keempat : Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah. Kelima : Insan yang diajak (digoda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik, lalu ia berkata : ‘Sesungguhnya aku takutkan Allah’. Keenam : Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di belanjakan oleh tangan kanannya. Ketujuh : Insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu menitiskan air matanya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Berdasarkan daripada hadis di atas , dapatlah kita mengambil pengajaran bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang beriman dan bertaqwa yang akan mendapat rahmat dan perlindungan dari Allah SWT di har...

Pesanan Imam Al Ghazali Tentang 6 Perkara

Image
Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya. 1 – Pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?” Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya. Imam Al Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Kerana mati itu janji Allah SWT. Janji Allah Ta’ala bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali Imran: 185) 2 – Lalu Imam Al Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?” Murid-muridnya ...

Sayang.. Ujian itu tarbiyah, sabar itu indah

Di setiap KEGELAPAN Pasti ada TERANG Di setiap DOA Selalu ada JAWAPAN Di setiap KESUSAHAN Pasti ada KEMUDAHAN Bertahan dan bersabarlah.. Adakalanya di segenap jiwa, kita terasa langkah kita terlalu berat. Senyum tawa hilang berterbangan. Apa yang kita cari, kita tidak perolehi. Apa yang kita mahu, kita tidak mampu mengecapi. Kita memandangnya sebagai satu musibah yang tidak mampu kita pikul. Kita rasa ALLAH SWT itu kejam kerana kita dibiarkan terasa sakit diuji, hingga kadangkala kita terlupa, kita melemparkan pertanyaan. Mengapa aku diuji? Terlupakah kita bahawa ALLAH SWT sudah berfirman dalam surat cintaNya. Qs. Al-Ankabut : 2-3 “Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. ...

Hanya Tuhan Yang Tahu

Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Illahi Hadirkanlah insan lah sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini Mendambakan kasih Insan yang kusayang Dihati ini Hanya tuhan yang tahu Dihati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku Kerana batasan Adat dan syariatMenguji kekuatan Keteguhan iman Insan yang berkasih…

Pelabuhan Hati

   kian umur kita meningkat dewasa, makin kelu lidah berbicara tentang kemana hala tujunya pelayaran hati menuju ke pelabuhan yang dinanti. tatkala, redup mata memandang sang teruna atau dara penyejuk jiwa keimanan, hati pantas berdengup kencang...seolah-olah jantung kehilangan rentak irama tenangnya. tercunggap-cunggap nafas menahan aturan hembusan nafas. terjentik minda, mengatakan "oh tuhan! alangkah indahnya si Soleh atau Solehah ini menjadi pendamping diriku. terasa amannya pelabuhan hati ini" " Mengapakah sukar menyusun bicara Meluahkan rasa menuturkan sayang Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar  tingkah Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia"               hakikatnya, sebagai mukmin sudah menjadi kemestian menjaga lidah menyederhanakan tutur. bukan segala hal harus diluahkan termasuklah juga dalam bab kasih sayang atau kata famousnya 'percintaan'. khautir sekiranya, kita telah menempah tiket untuk ke neraka Allah. waiyyazabi...

jika rindu seseorang

! Assalamualaikum ! Rindu ? Jika kamu RINDUKAN seseorang, PEJAMKANLAH MATA MU dan UCAPKANLAH: “Ya Allah, aku rindukannya kerana-Mu Ya Allah, Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada-Mu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku, tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.   Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik.. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..  Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya.. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi.. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.. Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.”