Posts

Dunia Sementara Akhirat Selamanya...

Image
Wahai Manusia..  Jangan Engkau Tertipu Daya  Oleh Dunia Yang Fana   Sebagai Tempat Ujian Bagi Kita   Dunia Sementara  Akhirat  Selama-Lamanya   Orang Kaya Mati  Orang Miskin Mati  Raja-Raja Mati  Rakyat Biasa Mati  Semua Pergi Menghadap Ilahi  Dunia Yang Dicari   Tak Ada Yang Berarti   Takkan Dibawa Mati

Masihkah Kita Teringat Akan Nikmat Yang Allah Berikan Selama Ini?

Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda yang baharu dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar.Satu hamba Allah,yang patah kaki nya.yang dia tidak pernah pun sebut,dulu barangkali tidak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak.Tetapi pada satu hari dia sakit kaki.Dia kata,"Ya Allah bagilah balik kaki aku,sembuhkanlah balik".Dia tahu besarnya nikmat kaki,nikmat tangan,nikmat sihat.Kata Hamka,"Yang ada ini sudah harapan kita".yang kita ada ini harapan kita.Tetapi insan bukan salah untuk kita mengharabkan yang belum ada,tetapi jangan lupa yang masih ada dan telah ada ini. Besyukurlah wahai diri   Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut.syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar.Tetapi ramai orang terpaksa sabar,tetapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur. Bila dia susah kita nk kata apa,"sabar je la,nak buat apa".tetapi untuk jadikan orang yang memiliki harta s...

Meneruskan Peninggalan Arwah

Assalamualaikum...

Mari Pulang Bersama-Sama

Image
Bismillahirrahmaanirrahiim. Ramai didalam kalangan kita ini, terkadang melakukan kesilapan yang menyebabkan kita jauh dari Tuhan. Seterusnya meletakkan diri kita di satu tempat yang sangat terasing jiwanya. Kita sedar bahawa kita sedang menjauh, namun keterikatan pada jiwa yang sedang kekeringan itu membuatkan kita tidak hirau pada keadaan diri. Akhirnya, kita masih terus berjalan dan berjalan sehingga tersesat. Bukan jiwa itu tidak sakit sebenarnya. Tapi jiwa itu sangat merana. Cuma entah apa yang telah mengikat diri kita sehingga kita sedar bahawa kita makin jauh, kita masih juga melangkah pada jalan yang kita sendiri tidak redha. Yang kita sendiri sakit kerananya. Saya bertanya dengan kerendahan hati. Pernah merasa begini atau tidak? Jawapannya, kamu lebih tahu. Maka jika ditanyakan kepada saya, kenapa ada jiwa-jiwa yang begini? Orang-orang begini, dengan jiwa yang begitu, tidak jahat sebenarnya. Jangan, jangan sesekali mengatakan pemilik jiwa-jiwa begini jahat atau ...

Kesedihan

Image
Masa lalu seperti kesedihan telah pergi dan selesai, ia tidak akan berulang kembali. Masa depan masih ada dialam ghaib dan tidak boleh dihadirkan sekarang dan belum tentu akan datang.  Oleh kerana itu, kita tidak perlulah mengharapkan kedatangannya. Biarlah ia datang dengan sendirinya. Berbuat baik sesama insan akan menimbulkan perasaan gembira dan dapat melegakan hati, membawa barakah dan menimbulkan ketenangan. Ajal telah ditentukan oleh Allah SWT dan segala sesuatu yang terjadi adalah menurut qadha’ dan qadarNya. Oleh kerana itu,  seorang hamba tidak boleh menyesal dan bersedih dengan apa yang terjadi. Rezeki semua makhluk telah dijamin oelh Allah SWT, tiada seorang pun yang mampu mengendalikan dan mengaturnya dan tidak seorang pun mampu menghambat datangnya rezeki. Akhlak seorang mukmin adalah tidak mempedulikan kritikan dan cacian yang tidak berdasarkan kebenaran dan menyakitkan. Kerana seorang mukmin memang tidak mungkin terlepas dari cacian dan makian. ...

Takdirku Telah Tertulis

Teruji sekeping hati dengan kehadiran insan yang memiliki ciri-ciri insan idaman.  Hati yang  tertutup rapat  dari sesiapa yang pernah datang mula menerima kehadiran seseorang yang menghulurkan tali ikatan. Sungguh tidak terduga sebuah perasaan yang terpendam sendirian rupanya mendapat balasan.  Hati mana tidak berbunga harapan. Setulus itu dia datang dan menyampaikan pesanan beserta sekalung ucapan yang terlalu indah dirasakan. Namun, tidak terduga tangan yang sedang berupaya menyambut rupanya tidak kesampaian. Dicantas tegahan dan mundur segala keriangan. Di saat hatimu teruji dengan  ujian yang sukar dilawan , kehendakmu ditentang tiada sokongan, pertemuan kian di jemput perpisahan, sudah pasti tiada suatu kata blh menggambarkan hancurnya perasaan. Namun, kita harus percaya pada takdir dan ketentuan.  Setiap segala yang berlaku diluar perancangan kita, barulah kita sedar bahawa ada kuasa yang maha Agung telah mengaturkan semuanya.

Istikarah Cinta

Image
Bersaksi cinta di atas cinta dalam alunan Tasbih ku ini Menerka hati yang tersembunyi berteman di malam sunyi penuh do'a Sebut nama mu terukir merdu tertulis dalam sejadah cinta tetapkan pilihan sebagai teman kekal abadi hingga akhir zaman Istikarah cinta memanggilku memohon petunjuk-mu satu nama teman setia naluriku berkata Dipenantian luahan rasa teguh satu pilihan pemenuh separuh nafasku dalam mahabbah rindu Di Istikarah Cinta...