Posts

Showing posts from January, 2015

Sayang.. Ujian itu tarbiyah, sabar itu indah

Di setiap KEGELAPAN Pasti ada TERANG Di setiap DOA Selalu ada JAWAPAN Di setiap KESUSAHAN Pasti ada KEMUDAHAN Bertahan dan bersabarlah.. Adakalanya di segenap jiwa, kita terasa langkah kita terlalu berat. Senyum tawa hilang berterbangan. Apa yang kita cari, kita tidak perolehi. Apa yang kita mahu, kita tidak mampu mengecapi. Kita memandangnya sebagai satu musibah yang tidak mampu kita pikul. Kita rasa ALLAH SWT itu kejam kerana kita dibiarkan terasa sakit diuji, hingga kadangkala kita terlupa, kita melemparkan pertanyaan. Mengapa aku diuji? Terlupakah kita bahawa ALLAH SWT sudah berfirman dalam surat cintaNya. Qs. Al-Ankabut : 2-3 “Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. ...

Hanya Tuhan Yang Tahu

Ku pendamkan perasaan ini Ku rahsiakan rasa hati ini Melindungkan kasih yang berputik Tersembunyi di dasar hati Ku pohonkan petunjuk Illahi Hadirkanlah insan lah sejati Menemani kesepian ini Mendamaikan sekeping hati Oh tuhanku Berikanlah ketenangan abadi Untukku menghadapi Resahnya hati ini Mendambakan kasih Insan yang kusayang Dihati ini Hanya tuhan yang tahu Dihati ini Aku rindu padamu Tulus sanubari Menantikan hadirmu Hanyalah kau gadis pilihanku Kerana batasan Adat dan syariatMenguji kekuatan Keteguhan iman Insan yang berkasih…

Pelabuhan Hati

   kian umur kita meningkat dewasa, makin kelu lidah berbicara tentang kemana hala tujunya pelayaran hati menuju ke pelabuhan yang dinanti. tatkala, redup mata memandang sang teruna atau dara penyejuk jiwa keimanan, hati pantas berdengup kencang...seolah-olah jantung kehilangan rentak irama tenangnya. tercunggap-cunggap nafas menahan aturan hembusan nafas. terjentik minda, mengatakan "oh tuhan! alangkah indahnya si Soleh atau Solehah ini menjadi pendamping diriku. terasa amannya pelabuhan hati ini" " Mengapakah sukar menyusun bicara Meluahkan rasa menuturkan sayang Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar  tingkah Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia"               hakikatnya, sebagai mukmin sudah menjadi kemestian menjaga lidah menyederhanakan tutur. bukan segala hal harus diluahkan termasuklah juga dalam bab kasih sayang atau kata famousnya 'percintaan'. khautir sekiranya, kita telah menempah tiket untuk ke neraka Allah. waiyyazabi...

jika rindu seseorang

! Assalamualaikum ! Rindu ? Jika kamu RINDUKAN seseorang, PEJAMKANLAH MATA MU dan UCAPKANLAH: “Ya Allah, aku rindukannya kerana-Mu Ya Allah, Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada-Mu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku, tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.   Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik.. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..  Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya.. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi.. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.. Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.”

Ya Allah , Jadikan dia pendampingku .

|| Assalamualaikum || بسم الله الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Daripada sebuah kisah sebenar yang diceritakan oleh Imam Ibnu Rajab Al Hambali , hiduplah seorang gadis solehah dan cantik yang hanya tinggal berdua dengan ayahnya . Ibunya telah meninggal dunia sejak dia memasuki usia remaja . Pada suatu musim haji , ayahnya pergi menunaikan ibadah haji tanpa ditemani oleh anak gadisnya . Sebelum berangkat haji , ayahnya memberikan seuntai kalung kepada ayahnya sebagai bekal semasa di Mekah nanti . Kalung tersebut ialah warisan dari arwah ibunya . Ketika di Mekah , ayahnya kehilangan kalung tersebut . Dia pun berdoa kepada Allah agar kalung tersebut dijumpai kembali . Tidak beberapa lama kemudian , dia bertemu dengan seorang pemuda yang kehabisan bekalan . Pemuda itu benar-benar dalam kelaparan dan hampir mati kerana ketiadaan makanan . Orang tua itu sedang berusaha mencari kalungnya , lalu menceritakan kepada pemuda itu tent...

Bahagia Di Dalam Redha

Membekaskan sebuah rasa di hati Adakalanya aku menjadi rindu pada sebuah senyuman itu Yang begitu halus mendatangi segenap hatiku Sekian lama hati dipenuh rasa Aku terus melamun di dalam rasa Hingga akhirnya aku dibangunkan daripada Sebuah lena.. Sebuah lena yang diulit bahagia Aku selalu saja terleka Ibadah sudah tidak segah dahulu suara iman berkata syahdu Ayuh bangunlah .. Buangkan segala rasa yang sia- sia Mampukah diletakkan dua cinta di dalam dadamu? Cinta seharusnya diletakkan kepada Sang Pencipta seluruhnya Perlahan- lahan aku kembali ke pangkal iman Di dalam setiap sujud Dipenuhi sendu Aku bermujahadah melawan nafsu yang menguasai hati Istikharahku menjadi kunci Agar kekusutan di minda dan hati segera berlalu pergi Setiap hati anugerah Ilahi Gembira duka kecewa tawa Hanya Dia setia menemani Telah ku ikrarkan janji Sepenuh hati Untuk  ku tatang penuh rapi Hati ini Tiba saatnya nanti Hanya yang berhak layak menghun...

Sabar Menanti Jodoh Illahi: Mengapakah Istikharah Tidak Berjawab

Mungkin ada dalam kalangan kita yang masih beranggapan kita perlu tidur dan menunggu mimpi ataupun gerak hati selepas melakukan solat istikharah. Mungkin ada juga daripada kita yang beranggapan solat istikharah dilakukan semata-mata untuk memilih jodoh yang terbaik. Malah, ramai orang melakukan kesilapan apabila mereka menyangka, mereka pasti mendapat keputusan yang betul selepas melakukan solat istikharah. Mereka seolah-olah memaksa Tuhan supaya membuat pilihan yang betul dan memberitahu mereka menerusi mimpi ataupun gerak hati. Oleh itu,  Mengapakah Istikharah Tidak Berjawab  diterbitkan bagi menjelas dan membetulkan pemahaman masyarakat terhadap maksud sebenar istikharah. Imam Ibnu Taimiyah berpendapat, selepas istikharah dilakukan, apa yang dipermudahkan oleh Allah s.w.t. kepada seseorang, itu adalah keputusan terbaik buat dirinya. Ini kerana seseorang itu sudah mendapatkan ilmu, maklumat, dan hujah seperti yang dikehendaki dan melakukan solat istikharah sebel...

Bertemu cinta

Tiada siapa yang menyangka benci derita jadi bahagia harapan tinggi jauh tak terduga jarak cinta cuma di depan mata Bertemu cinta kita akhirnya setelah tangis tanpa suara bertemu cinta bagai cahaya menyuluh hati menjadi kasih sejati Kita bagai ombak di lautan terhempas pedih badai dugaan bertemu cinta kita akhirnya Lantaran kasihmu dan kasihku,tiada rahsia pemisah kata.Bertemu cinta di ambang syurga. Mengutus doa biar menjadi anugerah.Bertemu cinta,indah sempurna.Sedetik tidak hilang rapuh dan percaya...

Sukarnya Istiqamah Mempertahankan Kebenaran

Perkara yang amat sukar dalam hidup ini adalah istiqamah atas kebenaran. Istiqamah bermaksud berdiri teguh sepanjang masa berada atas kebenaran dan petunjuk, tanpa berpaling ke kiri atau ke kanan. Kata Saidina ‘Umar bin al-Khattab: “Istiqamah itu kamu berdiri terus mematuhi suruhan dan larangan Allah tanpa berubah-ubah seperti musang”  (Ibn Qayyim, Tahzib Madarij al-Salikin, 2/528, Beirut: Muassasah Fuad). Inilah perkara yang ringkas disebut, berat untuk dilaksanakan dalam hidup. Jadi, istiqamah mempertahankan kebenaran bererti sentiasa berdiri teguh menegakkan kebenaran dalam apa keadaan sekalipun. Mempertahankan kebenaran secara istiqamah bukanlah tugas yang ringan. Sekalipun ramai yang pandai berceramah atau berslogan sakan tentang kewajipan dan amanah berdiri teguh atas kebenaran, tetapi belum tentu yang berceramah itu sanggup menghadapi badai cabaran pada setiap musim. Jika ada yang sanggup mempertahankan kebenaran dalam beberapa keadaan, malangnya apabila tiba waktu ...

Doa Yang ikhlas

Jiwa yang mengharapkan Allah bukanlah sekadar digambarkan dengan pakaian seseorang, atau gelarannya, atau penampilannya. Sebab itu, jangan tertanya-tanya mengapa Allah membiarkan si fulan sedangkan dia nampak kuat agama? Pertamanya, Allah mungkin menolongnya, sedangkan kita tidak menyedarinya. Atau, mungkin kita tidak tahu apa yang tersimpan dalam dadanya. Allah Yang Maha Mengetahui siapakah dia, jauh atau dekat dia dengan Allah. Betapa ramai yang lidahnya menyebut   “Ya Allah, tolonglah daku” ,  tapi sanubarinya masih terikat dan bergantung kepada makhluk. Bunyi nada suaranya mungkin kedengaran sebak, tetapi tauhid tidak bulat dan penuh ikhlas, maka doanya tidak disahut. Demikian apabila kita lihat seorang yang mungkin kelihatan  ‘biasa’  sahaja, tetapi setiap kali dia menyebut  “Ya Allah, tolonglah daku” ,  pertolongan pantas sampai kepadanya. Ini disebabkan ruhnya yang penuh pergantungan kepada Allah, tanpa sebarang syirik atau harapan kepada selainNy...

Tersemyumlah Wahai Hati Yang Bersedih

Saat kita menempuhi onak duri dunia,derita sekali sekali mencuit hati,hati remuk menangis tidak henti.Kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati.Ketika itu,sabar pun sudah tidak dikenali lagi.Dalam terharu,air mata tertumpah juga.Wahai hamba Ilahi,begitulah kehidupan di dunia.Kita tidak akan sesekali dapat menjangka apa yang Allah aturkkan untuk kita.Adakalanya kita tersangat gembira,adakalanya kita tersangat sedih. Namun..jangan risau manusia,Allah itu Tuhan kita.Tuhan yang luas Kasih sayangNya.Percayalah,Allah tidak menduga hambaNya kecuali untuk melihat hambaNya tersenyum disana,tertawa disana,berbahagia disana dan InsyaAllah di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.Oh indahnya! Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.Wahai hamba Allah,Jangan bersedih,kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan hari nya.Kesedihan demi ...

Syukur Di Atas nikmat

Ramai orang... tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam kehidupan.Selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta,dengan faktor kekayaan.walaupun itu boleh menjadi penyumbang,tetapi itu bukan segala-galanya..Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar,tidur di atas katil yang empuk,tetapi dia tidak blebih enak atau pun lenanya tidak nyeyak.Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk,kadang-kadang dia lebih lena berbanding kita.Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat,lauk pauk yang bagus,tetapi lidahnya tidak enak.Lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk sahaja,tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya.Kata Hamka ,"lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat" .Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah yang besar,ada makanan yang sedap tentulah hidup dia bahagia dan tenang.Belum tentu! Jika Allah ingin memberikan kebahagian kepada seseorang,dia tidak boleh ditahan dengan apa-apa tangan se...

4 syarat wanita ke syurga

Image
Sahabat yang dirahmati Allah, Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).” (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani) Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa Allah s.w.t Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah memberi peluang keemasan kepada setiap wanita yang beriman bahawa untuk memasuki Syurga-Nya yang penuh kenikmatan adalah melalui empat syarat sahaja. Sedangkan seorang lelaki yang beriman ia kena melalui banyak halangan dan dugaan dan melaksanakan beberapa tanggung jawab kepada Allah s.w.t. terlebih dahulu barulah ia layak memasuki Syurga Allah s.w.t melainkan para syuhada yang syahid di jalan Allah s.w.t. Empat syarat tersebut adalah seperti berikut : Pertama : Melakukan solat li...