Bahagia Di Dalam Redha

Membekaskan sebuah rasa di hati
Adakalanya aku menjadi rindu pada sebuah senyuman itu
Yang begitu halus mendatangi segenap hatiku
Sekian lama hati dipenuh rasa
Aku terus melamun di dalam rasa
Hingga akhirnya aku dibangunkan daripada
Sebuah lena..
Sebuah lena yang diulit bahagia
Aku selalu saja terleka
Ibadah sudah tidak segah dahulu
suara iman berkata syahdu
Ayuh bangunlah ..
Buangkan segala rasa yang sia- sia
Mampukah diletakkan dua cinta di dalam dadamu?
Cinta seharusnya diletakkan kepada Sang Pencipta seluruhnya
Perlahan- lahan aku kembali ke pangkal iman
Di dalam setiap sujud
Dipenuhi sendu
Aku bermujahadah melawan nafsu yang menguasai hati
Istikharahku menjadi kunci
Agar kekusutan di minda dan hati segera berlalu pergi

Setiap hati anugerah Ilahi
Gembira duka kecewa tawa
Hanya Dia setia menemani
Telah ku ikrarkan janji
Sepenuh hati
Untuk  ku tatang penuh rapi
Hati ini
Tiba saatnya nanti
Hanya yang berhak layak menghuni
Telah ku hapus lara
Telah ku padamkan segala rasa
Yang pernah beraja

Hati ini
Bukan untuk disia-siakan
Kerana ia rapuh serapuh ranting yang
Mereput..
Aku tak ingin ia rapuh dan patah lagi
Untuk kesekian kali
Dahulunya..Hati ini pernah retak beribu
Kini syukur..ia kembali menyatu
Kerana kasih sayang Tuhanku
Aku kembali dipandu
Alhamdulillah…



    doa..doa..doa.."Ya Allah Tuhanku yang Maha Baik, Yang Menguasai seluruh isi langit dan bumi, Yang Mengetahui segala urusanku baik di dunia dan akhirat, kurniakanlah kepada kami seorang jodoh yang Kau sayang, yang Kau Kasih, yang Kau Cinta..Amin Ya Rabbal Alamin

Comments

Popular posts from this blog

Pesanan Imam Al Ghazali Tentang 6 Perkara

Lirik Merisik Khabar - Sudirman

4 syarat wanita ke syurga