Tersemyumlah Wahai Hati Yang Bersedih

Saat kita menempuhi onak duri dunia,derita sekali sekali mencuit hati,hati remuk menangis tidak henti.Kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati.Ketika itu,sabar pun sudah tidak dikenali lagi.Dalam terharu,air mata tertumpah juga.Wahai hamba Ilahi,begitulah kehidupan di dunia.Kita tidak akan sesekali dapat menjangka apa yang Allah aturkkan untuk kita.Adakalanya kita tersangat gembira,adakalanya kita tersangat sedih.

Namun..jangan risau manusia,Allah itu Tuhan kita.Tuhan yang luas Kasih sayangNya.Percayalah,Allah tidak menduga hambaNya kecuali untuk melihat hambaNya tersenyum disana,tertawa disana,berbahagia disana dan InsyaAllah di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.Oh indahnya!

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.Wahai hamba Allah,Jangan bersedih,kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan hari nya.Kesedihan demi kesedihan,bakal membuat anda semakin terperuk dalam keputusasaan dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna.Padahal,dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah untuk keta meraih syurgaNya yang tersangat indah serta bebas daipada raasa kesedihan.Gara-gara kesedihan,air yang manis akan terasa pahit,makanan yang lazat terasa hambar,bunga mawar yang mekar mewangi kembali layu.Ingatlah tangisan terindah itu apabila butir-butir airmata mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi Allah dan begitu berdosanya diri kita disisi Allah.

Wahai hamba Allah,lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu.Sepanjang hidup dan usiamu jangan muda berputus asa.Senyuman yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan,simpan...jadikan tauladan.Segala yang kau pandang dan dengar,simpan buat pedoman.

you don't know everything but Allah know everything...
Wassallam....

Comments

Popular posts from this blog

Pesanan Imam Al Ghazali Tentang 6 Perkara

Lirik Merisik Khabar - Sudirman

4 syarat wanita ke syurga