Posts

Showing posts from December, 2014

Mari Pulang Bersama-Sama

Image
Bismillahirrahmaanirrahiim. Ramai didalam kalangan kita ini, terkadang melakukan kesilapan yang menyebabkan kita jauh dari Tuhan. Seterusnya meletakkan diri kita di satu tempat yang sangat terasing jiwanya. Kita sedar bahawa kita sedang menjauh, namun keterikatan pada jiwa yang sedang kekeringan itu membuatkan kita tidak hirau pada keadaan diri. Akhirnya, kita masih terus berjalan dan berjalan sehingga tersesat. Bukan jiwa itu tidak sakit sebenarnya. Tapi jiwa itu sangat merana. Cuma entah apa yang telah mengikat diri kita sehingga kita sedar bahawa kita makin jauh, kita masih juga melangkah pada jalan yang kita sendiri tidak redha. Yang kita sendiri sakit kerananya. Saya bertanya dengan kerendahan hati. Pernah merasa begini atau tidak? Jawapannya, kamu lebih tahu. Maka jika ditanyakan kepada saya, kenapa ada jiwa-jiwa yang begini? Orang-orang begini, dengan jiwa yang begitu, tidak jahat sebenarnya. Jangan, jangan sesekali mengatakan pemilik jiwa-jiwa begini jahat atau ...

Kesedihan

Image
Masa lalu seperti kesedihan telah pergi dan selesai, ia tidak akan berulang kembali. Masa depan masih ada dialam ghaib dan tidak boleh dihadirkan sekarang dan belum tentu akan datang.  Oleh kerana itu, kita tidak perlulah mengharapkan kedatangannya. Biarlah ia datang dengan sendirinya. Berbuat baik sesama insan akan menimbulkan perasaan gembira dan dapat melegakan hati, membawa barakah dan menimbulkan ketenangan. Ajal telah ditentukan oleh Allah SWT dan segala sesuatu yang terjadi adalah menurut qadha’ dan qadarNya. Oleh kerana itu,  seorang hamba tidak boleh menyesal dan bersedih dengan apa yang terjadi. Rezeki semua makhluk telah dijamin oelh Allah SWT, tiada seorang pun yang mampu mengendalikan dan mengaturnya dan tidak seorang pun mampu menghambat datangnya rezeki. Akhlak seorang mukmin adalah tidak mempedulikan kritikan dan cacian yang tidak berdasarkan kebenaran dan menyakitkan. Kerana seorang mukmin memang tidak mungkin terlepas dari cacian dan makian. ...

Takdirku Telah Tertulis

Teruji sekeping hati dengan kehadiran insan yang memiliki ciri-ciri insan idaman.  Hati yang  tertutup rapat  dari sesiapa yang pernah datang mula menerima kehadiran seseorang yang menghulurkan tali ikatan. Sungguh tidak terduga sebuah perasaan yang terpendam sendirian rupanya mendapat balasan.  Hati mana tidak berbunga harapan. Setulus itu dia datang dan menyampaikan pesanan beserta sekalung ucapan yang terlalu indah dirasakan. Namun, tidak terduga tangan yang sedang berupaya menyambut rupanya tidak kesampaian. Dicantas tegahan dan mundur segala keriangan. Di saat hatimu teruji dengan  ujian yang sukar dilawan , kehendakmu ditentang tiada sokongan, pertemuan kian di jemput perpisahan, sudah pasti tiada suatu kata blh menggambarkan hancurnya perasaan. Namun, kita harus percaya pada takdir dan ketentuan.  Setiap segala yang berlaku diluar perancangan kita, barulah kita sedar bahawa ada kuasa yang maha Agung telah mengaturkan semuanya.

Istikarah Cinta

Image
Bersaksi cinta di atas cinta dalam alunan Tasbih ku ini Menerka hati yang tersembunyi berteman di malam sunyi penuh do'a Sebut nama mu terukir merdu tertulis dalam sejadah cinta tetapkan pilihan sebagai teman kekal abadi hingga akhir zaman Istikarah cinta memanggilku memohon petunjuk-mu satu nama teman setia naluriku berkata Dipenantian luahan rasa teguh satu pilihan pemenuh separuh nafasku dalam mahabbah rindu Di Istikarah Cinta...

Cinta Dalam Ikhlas

Yang hilang kan kembali jika direlakan. Yg akan datang kan berlari jika diikhlaskan. Berharap tapi tak berharap. Lepaskan harap kita kepadaNya “Ikhlas”. ya, Ikhlas. . Apa sih ikhlas itu? Ada apa dengan ikhlas? Mengapa kita harus ikhlas? Ikhlas adalah kualitas tertinggi kemurnian hati, hanya karena Allah dan untuk Allah. Dalam setiap perbuatan, kita dituntut untuk selalu ikhlas. Ikhlas sebelum melakukan amal, ketika sedang, dan setelah melakukannya. Dalam bentuk apapun itu, kita harus Ikhlas. Setelah itu bagaimana kalau keikhlasan di hubungkan dengan “Cinta” ?? Seperti apa si mencintai dalam ikhlas? Jika kita sering mendengar cinta dalam hati,yang ternyata itupun termasuk zina hati. Sekarang kita rubah menjadi cinta dalam ikhlas. Penantian itu hanya ilusi. Saat harapan sudah diikhlaskan. Saat keyakinan sdh diazzamkan. Ikhtiar kita dlm kesabaran akan berbuah kebahagiaan. Ketika kita mencintai dalam ikhlas, Maka tidak akan ada kalimat “pemberi harapan palsu” atau kalau kata...

Dialah Cinta Didalam Istikarahku

Ada sahabat menceritakan pengalamannya dalam meluah rasa cinta kepada orang yang disayanginya,kedengaran sungguh romantis dan bahagia...tidak dapat menolak ceritanya membuatkan hati ini cemburu melihat kebahagiaannya...TAPI,... Bila aku berfikir,alangkah baiknya jika aku melalui pengalaman yang lebih indah berbanding dia..aku inginkan kejutan dari ALLAH.. Biarpun aku tidak kenal siapa jodoh aku,aku yakin dalam sujud aku pasti membuahkan pertemuan yang lebih indah..aku meminta kurniaan si dia melalui sujud dan doa,memohon kebahagiaan didalam istiqarah,dan menjadikan ia istikarah cinta...rasanya ia adalah lebih membahagiakan...cemburunya saya pd diri sendiri...yakin akan jodoh yg baik buat diri,pasti ia sesempurna bidadari syurga pada pandangan dan ungkapan hati ini...saya mahu si dia itu insan yang berjalan dan memimpin tangan menuju ke syurga...kurniaan yang datang dari ALLAH,keberkatan dari doa2 dan keindahan yang tiada nilai...cepat atau lambat,hanya ALLAH saja tahu percaturan masany...

Doa Munajat

Wahai Allah yang maha pengasih Sejahterakanlah untuk ku Ya Allah semoga aku sihat dan bahagia Semoga aku bebsa dari kemarahan dan kebencian semoga aku bebsa daripada kemiskinan jiwa & raga semoga bebas daripada penderitaan jasmani dan rohani semoga aku dapat mempertahankan kebahagian sendiri Wahai Allah.. yang maha membuka ajar lah kami yang lemah untuk melihat jalan keluar dari semua masalah bukalah hijab kami yang tidak mampu melihat kebaukan pada kejadian jangan tutp untuk kami pintu kebaikan yang selayaknya kami dapat Sekiranya Engkau mengkehendaki sesuatu tertutup,betapa apa jua kekuatan bersatu untuk membukanya pasti tiada apa yang akan dapat membukanya kesuali dengan kekuasaan mu Ya Allah... kami berdiri di gerbangmu mengetuk pintu mu bertalu-talu Ya Fattah..yang maha pembuka buka pintu hijab kami Ya Fattah kami berharap redha dan kasihmu kami mengharabkan dibuka pintu rahmatmu seluas-luasnya maka kami menzikirkan asmamu buka lah segala k...

La Tahzan -

Jangan Bersedih Merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan. Namun, kita masih tidak sedar tentang hakikat erti kebahagian yang sebenar-benarnya... Tidak siapa yang mampu meghalang ketetapan Allah SWT... Jika Allah ingin memberikan kebahagian kepada seseorang,dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun.Jika Allah menghalang kebahagian kepada seseorang,dia tidak boleh dihulih oleh apa-apa tangan sekalipun. Jika Allah uruskan urusan kita...dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita...walaupun sekelip mata...dunia boleh berbuat apa-apa. Tetapi mereka tidak pernah mencabar kebesaran Allah. Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas...kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah. Apa yang orang rasa rugi, Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tidak sangka tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan. Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah Lihatlah dunia ini,kadang-kala man...

Maaf Jika Ku Tidak Sempurna

Ya Allah... ampunkan hambaMu ini. yang sering terkhilaf ini. hamba mu yang sering terlalai mengingati mu. maafkan hambaMu ini ya Allah,berikanlah aku petunjuk untuk menghadapi kehidupan yang mencabar ini. Sihatkanlah tubuh ku untuk terus beribadat kepadaMu ya allah... Mak,Ayah... Jika selama menjadi anakmu, diri ku sering menyakiti hati dan mencemar maruah mu, ampunkanlah anak mu ini. jika ada yang termakan dan terminum dan terambil, halalkanlah. Mak, halalkan susu mu untuk anak mu ini... Kekasihku... jika aku pernah menyakiti hatimu, maafkan diri ini. namun, ingatlah,sekalipun aku tidak pernah mengkhianati makna sebuah Ikatan yang terjalin. apapun rahsia yang kusimpan, akan mati bersama diri ini. kerana aku tahu nilai sebuah ikatan, kepercayaan antara kita lebih murni harganya. maafkan jika aku tidak sempurna. maafkanlah aku jika kelemahan ku ini menguris hatimu, jika kelemahan ini menyakiti mu, jika kelemahan diri ini menyusahkan mu. jika suatu hari nanti,aku pergi, ingatlah...

Allah Bersama Orang Yang Sabar

Image
Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula. Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya. Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong.  Tanpa wang, tanpa harta. Semuanya milik Allah . Dan Dia berhak atas segalanya. Allah swt berfirman : “Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.” – [Surah al-Anfal : 28] “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155] Bila diuji, bersabarlah.. dan senyumlah.. Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiy...

Erti Kasih Dan Sayang

Kasih sayang fitrah Kasih sayang fitrah atau semula jadi atau sunnatullah yang dibekalkan oleh Allah ini seperti kasih sayang yang timbul apabila melihat anak kecil yang diseksa atau sakit. Semakin lemah seseorang manusia di sudut fizikal semakin dalam perasaan kasih sayang yang timbul dalam hati sanubari mereka yang berada sekitarnya. Justeru itu, kasih ibu dan ayah kepada anaknya tidak diperintahkan oleh Allah lantaran tabiat semula jadi yang wujud itu. Berbeza kasih sayang anak kepada dua ibu bapanya mestilah dipupuk dan dibajai, dan ianya diperintahkan oleh Allah, lantaran bimbang sewaktu tua ibu bapa (sewaktu lemah) tidak dipedulikan oleh anak-anak. Termasuk kasih sayang fitrah ini ialah segala bentuk haiwan yang sentiasa menaungi anak-anaknya dan pasangannya. Bahkan adakalanya kasih sayang haiwan lebih hebat daripada kasih sayang sebahagian manusia yang tidak terdidik. 1. Kasih sayang Allah kepada hambaNya a. Kasih sayang Allah kepada makhlukNya Segala makhluk di alam maya ...