Doa Munajat

Wahai Allah yang maha pengasih
Sejahterakanlah untuk ku
Ya Allah semoga aku sihat dan bahagia

Semoga aku bebsa dari kemarahan
dan kebencian
semoga aku bebsa daripada kemiskinan jiwa & raga
semoga bebas daripada
penderitaan jasmani dan rohani
semoga aku dapat mempertahankan
kebahagian sendiri

Wahai Allah.. yang maha membuka
ajar lah kami yang lemah untuk
melihat jalan keluar dari semua
masalah
bukalah hijab kami yang tidak mampu
melihat kebaukan pada kejadian
jangan tutp untuk kami pintu kebaikan yang selayaknya kami
dapat

Sekiranya Engkau mengkehendaki
sesuatu tertutup,betapa apa jua
kekuatan
bersatu untuk membukanya pasti
tiada apa yang akan dapat
membukanya kesuali dengan
kekuasaan mu Ya Allah...
kami berdiri di gerbangmu mengetuk
pintu mu bertalu-talu

Ya Fattah..yang maha pembuka
buka pintu hijab kami Ya Fattah
kami berharap redha dan kasihmu
kami mengharabkan dibuka pintu
rahmatmu seluas-luasnya
maka kami menzikirkan asmamu buka
lah segala kebaikan untuk kami

Dengan namamu Ya Allah
Al-Fattah wahai zat yang
maha pembuka
kami berharap terbukalah semua pintu barakah

Ya Rahman..yang maha pemurah
meskipun aku belum sempat
 mengucapkan kesyukuran atas
segala nikmatmu untukku, aku
redha aku ikhlas dan aku pasrah
Ya Allah

Ya Allah kini aku mengetuk lagi
menyampaikan hasrat dan hajat
aku memohon agar Engkau Ya Allah
tetap sudi mendengarnya kerana
sesungguhnya kau lah yang maha
mendengar...

Ya Wahab..kau peruntukkan kecukupan
untukku dan saudara-saudaraku

Ya Ghaniy...yang maha kaya dan lengkap
kau kurniakanlah ke dalam hati-hati kami
akan Nur Muhammad,kekasihmu
agar kelak cahaya ini menjadi pelita untuk
kami menuju Nur-Mu

Ya razzaq yang maha pemberi rezeki
kau limpahkanlah rezekimu yang barakah
buatku dan saudara-saudaraku
agar kami dapat meneruskan sedekah
amal jariah terhadap yang memerlukan

Agar kami dapat limpahkan kurnia
kekayaan zahir & batin yang Engkau amanahkan.
agar kami jauh dari kekafiran dan
kemiskinan yang boleh membawa kami
kepada kekufuran

Agar kami dapat meneruskan hidup kami
dalam kelapangan dan kesenangan yang
membawakan jiwa kami kepada kemakmuran
lalu kami berjaya menguasai diri untuk
berjaya sebagai hambamu dunia dan akhirat.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah di sebalik senyuman

Lirik Merisik Khabar - Sudirman

Aku punya hati