La Tahzan -

Jangan Bersedih

Merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan. Namun, kita masih tidak sedar tentang hakikat erti kebahagian yang sebenar-benarnya...

Tidak siapa yang mampu meghalang ketetapan Allah SWT...
Jika Allah ingin memberikan kebahagian kepada seseorang,dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun.Jika Allah menghalang kebahagian kepada seseorang,dia tidak boleh dihulih oleh apa-apa tangan sekalipun.

Jika Allah uruskan urusan kita...dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita...walaupun sekelip mata...dunia boleh berbuat apa-apa. Tetapi mereka tidak pernah mencabar kebesaran Allah. Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas...kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah. Apa yang orang rasa rugi, Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tidak sangka tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan.


Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah

Lihatlah dunia ini,kadang-kala manusia ini dia hilang benda ini daripada dunia.Kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya.Sudah berapa banyak yang kita dah lalui keperitan hidup? Ketika kita kena keperitan,kita rasa kita tidak keluar daripadanya.Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik.Ketika kita ditimpa musibah tertentu,tetapi usia kita telah berjalan dan kita masih lagi hidup,makan dan menikmati kurnia hidupan ini.Ketika kita kata "Ya Allah tolong lah aku, ya Allah tolong lah aku,aku susah ya Allah". Hari ini pon kita telah lupa akan perkataan itu dan kita pun lupa kadang-kadang untuk beryukur di atas pelbagai ranjang hidup yang Allah telah keluarkan kita daripadanya. "cukuplah bagi kami Allah, dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan".


Comments

Popular posts from this blog

Kisah di sebalik senyuman

Lirik Merisik Khabar - Sudirman

Aku punya hati